Ahad, 14 Oktober 2012
Selasa, 25 September 2012
bertudung:fesyen lawan syari'at
(Bahagian Pertama)
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Menutup aurat merupakan kewajipan utama setiap orang Islam. Bagi kaum wanita, wajib ke atas mereka menutup seluruh badan mereka selain muka dan dua pergelangan tangan apabila berada di hadapan lelaki bukan mahram. Ini bermakna bahagian kepala wanita termasuk rambut dan telinga adalah wajib ditutup.
Antara cara yang digunakan untuk menutup aurat di bahagian tersebut adalah dengan memakai tutup kepala
yang lebih dikenali sebagai tudung di kalangan masyarakat kita.
Tidak dinafikan, kebanyakan wanita di negara kita sekarang menunjukkan kesedaran mereka dalam menutup aurat. Kecenderungan mereka untuk memakai pakaian menutup aurat kini didukung pula oleh kemajuan dunia fesyen yang menyajikan pelbagai jenis busana muslimah dan tudung yang nampaknya
seperti cendawan tumbuh di pasaran. Ada yang murah dan ada yang mahal, ada yang besar dan ada yang
kecil, ada yang tebal dan ada yang nipis, ada yang polos dan ada yang berwarna-warni, bercorak, berkerawang, berlabuci, beropol dan sebagainya. Tidak kurang juga cara atau gaya pemakaian tudung, terdapat bermacam fesyen yang boleh kita lihat. Ada yang dilipat, ada yang dililit, ada yang dimasukkan sahaja, ada yang berlapis-lapis dan ada pula yang hanya diletak di atas kepala dan disidai pada bahu,
boleh turun boleh naik dengan sekelip mata. Semua ini tergantung kepada citarasa si pemakai.
Terdapat fesyen atau cara bertudung yang tidak menepati maksud sebenar menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syara‘. Sebahagian wanita kadang-kadang tersilap dalam memilih cara seorang muslimah dengan memakai tudung mengikut arus moden atau up-to-date. Pada hakikatnya mereka masih belum menepati gaya sebenar yang dituntut dalam menutup aurat. Ini mungkin disebabkan mereka kurang memahami konsep sebenar pemakaian tudung dalam Islam kerana lebih mengutamakan fesyen.
Maka ruangan Irsyad Hukum pada kali ini akan menjelaskan cara yang patut diikuti dalam pemakaian tudung supaya kesilapan mengenainya tidak berterusan dilakukan oleh orang Islam, khususnya para wanita Islam.
Pensyari‘atan Memakai Tudung
Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Tafsirnya:
(Surah an-Nur: 31)
Menurut Imam al-Qurthubi, ayat di atas diturunkan sebagai panduan dan teguran kepada wanita-wanita Islam dahulu yang menutup kepala mereka dengan khimar atau tudung dengan melabuhkannya ke belakang sehingga menyebabkan bahagian dada terbuka, leher dan telinga juga kelihatan.
Menurut Imam Ibnu Katsir, ayat di atas merupakan kewajipan yang diperintahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala ke atas setiap wanita Islam untuk membezakannya dari sifat dan perbuatan wanita Jahiliyyah yang bertudung tetapi masih mendedahkan dada, leher, telinga dan rambut.
Lantaran turunnya ayat tersebut, para wanita Muhajirin yang awal terus mematuhi apa yang diperintahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan memakai tudung yang labuh melimpasi dada dan menutupi seluruh anggota aurat mereka sebagaimana yang dikhabarkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:
Maksudnya:
(Hadits riwayat al-Bukhari)
Hukum Memakai Tudung
Menutup kepala bagi wanita Islam apabila di hadapan lelaki bukan mahram adalah wajib. Ini bererti, tidak boleh tidak, seorang wanita Islam wajib memakai tudung apabila berada di khalayak ramai atau di hadapan lelaki asing. Pada dasarnya, wanita yang memakai tudung itu akan mendapat pahala kerana telah menunaikan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagaimana yang dituntut oleh
syara‘. Sekalipun demikian kita perlu mengetahui ciri-ciri dan cara memakai tudung yang menepati kehendak hukum syara‘.
Ciri-Ciri Tudung dan Cara Pemakaian Tudung Yang Dikehendaki Oleh Syara‘
Agama Islam telah menggariskan ciri-ciri tudung dan cara pemakaian tudung yang perlu diikuti. Antaranya adalah seperti berikut:
i. Memakai tudung labuh yang menutupi aurat di bahagian kepala sehingga ke bahagian dada. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya:
(Surah an-Nur: 31)
Berdasarkan ayat di atas, wajib ke atas wanita Islam memakai tudung yang menutupi seluruh kepala dengan melabuhkannya sehingga ke dada kecuali kawasan muka. Ini termasuk menutupi seluruh rambut, kedua cuping telinga, tengkuk dan leher. Belahan baju itu letaknya di kawasan leher dan dada. Oleh yang demikian, tudung kepala itu hendaklah juga menutup atau menyembunyikan bahagian leher dan dada. Ini bererti tidak memadai memakai tudung itu jika masih nampak rambut, leher, tengkuk, telinga dan bahagian dada.
ii. Memakai tudung yang diperbuat daripada material tebal yang menutupi warna kulit dan rambut dari kelihatan. Maksud tudung yang tebal ialah tudung tersebut tidak jarang, tidak nipis atau berlubang-lubang sehingga boleh menampakkan warna kulit atau anggota aurat.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada mengingatkan perkara tersebut dengan bersabda:
Maksudnya:
(Hadits riwayat Muslim)
Ulama dalam mensyarahkan hadits ini mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan bertelanjang itu adalah wanita yang berpakaian nipis yang masih menampakkan warna kulit dan berpakaian menutupi sebahagian anggota aurat dan membuka sebahagiannya lagi.
Oleh itu ketahuilah bahawa memakai tudung yang nipis atau yang jarang itu tidak menepati kehendak sebenar cara bertudung untuk menutup aurat kerana ia masih menampakkan warna kulit. Selain itu, tudung yang terlalu nipis dan ringan juga mudah tersingkap apabila ditiup oleh angin dan menyebabkan aurat terbuka.
Selain itu, terdapat juga telekung yang diperbuat dari material nipis dan jarang serta mempunyai kerawang yang besar dan banyak. Telekung sebegini boleh menyebabkan sembahyang tidak sah kerana syarat menutup aurat masih tidak terlaksana dengan sempurna.

Quote
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”
Menurut Imam al-Qurthubi, ayat di atas diturunkan sebagai panduan dan teguran kepada wanita-wanita Islam dahulu yang menutup kepala mereka dengan khimar atau tudung dengan melabuhkannya ke belakang sehingga menyebabkan bahagian dada terbuka, leher dan telinga juga kelihatan.
Menurut Imam Ibnu Katsir, ayat di atas merupakan kewajipan yang diperintahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala ke atas setiap wanita Islam untuk membezakannya dari sifat dan perbuatan wanita Jahiliyyah yang bertudung tetapi masih mendedahkan dada, leher, telinga dan rambut.
Lantaran turunnya ayat tersebut, para wanita Muhajirin yang awal terus mematuhi apa yang diperintahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan memakai tudung yang labuh melimpasi dada dan menutupi seluruh anggota aurat mereka sebagaimana yang dikhabarkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:
Maksudnya:
Quote
“Allah Subhanahu wa Ta‘ala merahmati wanitawanita Muhajirin yang awal kerana apabila Allah Subhanahu wa Ta‘ala menurunkan ayat yang bermaksud “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”, lantas mereka segera mengoyakkan pakaian (kain) bulu mereka dan mereka menutup kepala dengannya.”
Hukum Memakai Tudung
Menutup kepala bagi wanita Islam apabila di hadapan lelaki bukan mahram adalah wajib. Ini bererti, tidak boleh tidak, seorang wanita Islam wajib memakai tudung apabila berada di khalayak ramai atau di hadapan lelaki asing. Pada dasarnya, wanita yang memakai tudung itu akan mendapat pahala kerana telah menunaikan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagaimana yang dituntut oleh
syara‘. Sekalipun demikian kita perlu mengetahui ciri-ciri dan cara memakai tudung yang menepati kehendak hukum syara‘.
Ciri-Ciri Tudung dan Cara Pemakaian Tudung Yang Dikehendaki Oleh Syara‘
Agama Islam telah menggariskan ciri-ciri tudung dan cara pemakaian tudung yang perlu diikuti. Antaranya adalah seperti berikut:
i. Memakai tudung labuh yang menutupi aurat di bahagian kepala sehingga ke bahagian dada. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya:
Quote
“Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..”
(Surah an-Nur: 31)
Berdasarkan ayat di atas, wajib ke atas wanita Islam memakai tudung yang menutupi seluruh kepala dengan melabuhkannya sehingga ke dada kecuali kawasan muka. Ini termasuk menutupi seluruh rambut, kedua cuping telinga, tengkuk dan leher. Belahan baju itu letaknya di kawasan leher dan dada. Oleh yang demikian, tudung kepala itu hendaklah juga menutup atau menyembunyikan bahagian leher dan dada. Ini bererti tidak memadai memakai tudung itu jika masih nampak rambut, leher, tengkuk, telinga dan bahagian dada.
ii. Memakai tudung yang diperbuat daripada material tebal yang menutupi warna kulit dan rambut dari kelihatan. Maksud tudung yang tebal ialah tudung tersebut tidak jarang, tidak nipis atau berlubang-lubang sehingga boleh menampakkan warna kulit atau anggota aurat.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada mengingatkan perkara tersebut dengan bersabda:
Maksudnya:
Quote
“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama)….”
(Hadits riwayat Muslim)
Ulama dalam mensyarahkan hadits ini mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan bertelanjang itu adalah wanita yang berpakaian nipis yang masih menampakkan warna kulit dan berpakaian menutupi sebahagian anggota aurat dan membuka sebahagiannya lagi.
Oleh itu ketahuilah bahawa memakai tudung yang nipis atau yang jarang itu tidak menepati kehendak sebenar cara bertudung untuk menutup aurat kerana ia masih menampakkan warna kulit. Selain itu, tudung yang terlalu nipis dan ringan juga mudah tersingkap apabila ditiup oleh angin dan menyebabkan aurat terbuka.
Selain itu, terdapat juga telekung yang diperbuat dari material nipis dan jarang serta mempunyai kerawang yang besar dan banyak. Telekung sebegini boleh menyebabkan sembahyang tidak sah kerana syarat menutup aurat masih tidak terlaksana dengan sempurna.
pakai tudung,tetapi gagal mengikut syariat
Pakaian beri gambaran salah konsep menutup aurat
ORANG Islam mudah menerima? Persoalan itu wajar kita tanyakan apabila hakikatnya nampak begitu kerana apa juga yang terbaru dan terkini, pastinya kita tidak mahu ketinggalan. Mungkin perasaan perlu mengikut aliran dan tidak mahu ketinggalan mendorong kita mengikut arus.
Sebenarnya tidak salah mengikut arus, tetapi dalam kecenderungan kita
menjadi sebahagian daripada perubahan, ada batas serta peraturan yang
perlu dipatuhi khususnya sebagai umat Islam, tuntutan agama sentiasa
menjadi penanda aras terhadap apa juga tindakan yang ingin kita lakukan.
Justeru, amat menyedihkan apabila ada yang mempertikaikan keputusan pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama kerana yang diputuskan itu tidak memenuhi kehendak pihak tertentu atau secara jelas menentang kemahuan mereka.
Namun, saya bukan hendak membangkitkan beberapa insiden besar yang berlaku dalam masyarakat apabila ada pihak menentang atau mempersoalkan keputusan mereka yang arif dalam hukum agama dengan pandangan serta perbahasan mengikut pemikiran mereka.
Apa yang ingin saya ketengahkan ialah pemandangan biasa dilihat dalam kalangan remaja, belia dan orang muda, malah ada juga golongan dewasa yang menjadikan pemakaian tudung ibarat pertunjukan fesyen, siapa lebih terkini gayanya atau bijak menggayakan fesyen bertudung.
Sekali lagi, tidak salah bergaya untuk kelihatan cantik kerana Allah sukakan yang cantik, tetapi biarlah kecantikan itu yang benar-benar cantik. Dalam erti kata lain, kecantikan pemakaian tudung biarlah mengikut syariat serta matlamat utama kenapa ia diwajibkan terhadap perempuan Islam.
Apa yang terjadi sekarang, pemakaian tudungnya sangat cantik dengan pelbagai gaya, tetapi secara keseluruhan ia gagal memenuhi hikmah disyariatkan bertudung apabila baju dipakai melekat pada badan, berada di atas punggung dan seluar pula mengikut bentuk kaki, tidak kira yang kurus panjang atau tidak kurang yang padat berisi.
Malah, ada yang apabila duduk, ternampak pula sebahagian kulit badan di belakang walaupun rambut yang menjadi sebahagian aurat sudah elok tertutup. Itu yang menimbulkan persoalan, inikah cara berpakaian yang dianjurkan Islam kerana rasanya semua tahu akan jawapannya.
Perkembangan ini antara sedar atau tidak turut memberi gambaran salah terhadap konsep menutup aurat yang disarankan agama Islam. Oleh itu, marilah bersama kita menilai, memikirkan semula serta mengambil tindakan sebaiknya supaya niat memenuhi tuntutan agama benar-benar memberi manfaat serta ganjaran pahala, bukan sebaliknya, menjadi usaha sia-sia.
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59)
Menyedari perlunya menjaga batasan antara lelaki dan perempuan, kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah menggalakkan wanita yang datang untuk mendapatkan rawatan memakai telekung supaya batas aurat itu terjaga sebaiknya. Sebahagian besar yang datang memang menutup aurat dan bertudung, tetapi bagi kami, lebih baik mengambil langkah boleh mencegah daripada timbulnya fitnah.
Ini hanyalah pandangan peribadi kerana saya akur naluri manusia yang berbeza serta pandangan terhadap sesuatu itu pelbagai mengikut tahap kefahaman atau cara mereka ingin memahami sesuatu peraturan dan syariat agama. Tetapi sebagai insan kerdil yang melihat berlaku kelemahan dalam masyarakat, rasanya tidak salah saya membangkitkan isu ini.
Tambahan dengan pembaharuan yang berlaku begitu pantas, industri pakaian serta fesyen turut menerima tempiasnya maka kita dapat lihat macam-macam rekaan terkini memenuhi pasaran. Ada yang sesuai untuk wanita Islam dan ada jelas tidak mematuhi kehendak syarak.
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu, tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak dengan memastikan pakaian itu hendaklah menutup aurat mereka, menutup dengan sebenar-benarnya.
Antara tujuan berpakaian itu ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih pakaian nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakai sudah tidak berfungsi lagi.
Semoga ibadah kita dan kesungguhan memenuhi tuntutan syariat menjadikan kita termasuk dalam golongan yang sentiasa mendapat keredaan serta rahmat Allah.
INFO
Ayat untuk gangguan sihir, surah al-Fusilat (ayat 25-44) dan surah al-Mukminun (ayat 105-118). Amalkan membacanya dan banyakkan berdoa kepada Allah.

Bertudung
bukan sahaja trend, malahan ianya adalah satu tuntutan kepada semua
wanita Muslim agar menutup aurat. Perkembangan trend bertudung dilihat
semakin berkembang dengan adanya fesyen tudung terkini dengan pelbagai
warna yang lebih menawan untuk digayakan.
Selain daripada itu juga, si pemakai tudung gemar menjadikan selebriti tanah air sebagai ikon mereka dalam menggayakan tudung. Antara selebriti yang terkenal dengan gaya bertudung mereka adalah, Datuk Siti Nurhaliza, Datin Norjuma Habib, Wardina Safiyyah dan juga Yuna dimana gaya mereka menjadi ikutan sehingga kini.
Ramai yang memakai tudung tetapi pemakaiannya tidak kena dengan fesyen yang digayakan dan juga tidak mengikut tuntutan syariah dalam panduan menutup aurat.
Ikuti beberapa tips ini mengenai cara dan panduan bagi mereka yang memakai tudung:
Tudung haruslah menutupi keseluruhan rambut
Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk bertudung, harus tahu garis panduan menutup aurat dengan betul, antaranya adalah pastikan anda memakai tudung dan menutup keseluruhan rambut tanpa ada sehelai rambut pun dapat dilihat. Ramai yang tidak sedar akan anak rambut yang terkeluar akibat tidak dilitupi dengan kemas, ingatlah bahawa anak rambut itu juga haram dilihat oleh lelaki bukan muhrim kita. Maka anda haruslah menutupi rambut dengan tudung penuh agar anak rambut dan juga rambut lain tidak dapat dilihat.
Pilihan tudung yang tepat
Jangan pilih tudung yang jarang dan dapat melihat rambut anda di dalam. Walaupun anda telah memakai tudung. Niat anda untuk menutup aurat haruslah beserta cara yang betul. Jangan disebabkan kerana mengikut peredaran zaman yang dikatakan memakai tudung adalah kerana fesyen barulah anda memilih untuk bertudung. Apabila berniat untuk menutup aurat, tudung yang dipilih juga harus kena dengan nawaitu kita. Jangan pilih tudung yang jarang dan digayakan tanpa memakai anak tudung yang betul. Anda masih dikira belum mampu menutup aurat dengan betul jika memakai tudung yang jarang.
Pakaian harus bersesuaian
Jangan memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan anda, kerana Islam menyarankan anda menutupi aurat dengan bertudung untuk menutupi sebahagian badan selepas memakai baju agar tidak menimbulkan fitnah bagi mereka yang melihat. Jangan memilih pakaian yang singkat sehingga menampakkan sebahagian tangan anda kerana itu merupakan aurat yang wajib dijaga semua wanita Muslim.
Pakaian yang singkat dari pinggul
Apabila bertudung, pemakaian juga harus dijaga, jangan memakai baju yang pendek sehingga di paras pinggang. Pastikan baju yang dipilih melebihi paras pinggul kita dan longgar. Ini kerana apabila kita memakai pakaian yang ketat dan pendek, apabila kita duduk ataupun merangkak, akan nampak sebahagian badan kita di belakang.
Pastikan tudung menutupi bahagian dada dan leher
Aurat yang seringkali dilupakan wanita muslim adalah menutupi sebahagian dada dan juga bahagian leher. Ramai yang tidak mengambil endah perkara sebegini sehinggakan mereka memakai tudung, namun masih boleh dilihat leher mereka kerana pemilihan tudung yang tidak sesuai. Pilih tudung yang lebih panjang untuk menutupi dada anda. Pastikan tiada belahan di bahagian leher agar tidak kelihatan kulit leher anda ketika memakai tudung.
Tidak menampakkan sanggul yang keterlaluan di atas kepala
Jika benar itu adalah rambut anda, cuba elakkan membuat sanggul yang terlalu tinggi di atas kepala kerana ianya hanya akan mengundang fitnah kepada mereka yang melihat. Ikat rambut anda dan simpulkan di tengah-tengah kepala dan baluti rambut anda dengan anak tudung yang boleh menutupi semua rambut sebelum memakai tudung.
Pilih tudung yang mengikut garis panduan Islam
Berikutan fesyen terkini yang kian meningkat dalam pemakaian tudung, banyak gaya tudung yang diilham dari pelbagai agama yang turut mempraktikkan penutupan rambut. Oleh yang demikian pastikan pilihan tudung anda mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Hai semua.....
hari ini,saya telah diberikan tugas mengikut kumpulan...
Cikgu Teh yang memberikan saya tugas tau...
hemm.....
cikgu telah memberi empat kumpulan..
dalam kumpulan tersebut,ada lelaki dan juga
perempuan...
alhamdulillah..
kumpulan saya telah bekerjasama seperti yang diinginkan
oleh Cikgu Teh...
Isnin, 24 September 2012
pertama kali membuat blog
assalamualaikum...
saya sangat gembira kerana dapat belajar cara membuat blog....
sangat gembira....hahahahaha....

Langgan:
Catatan (Atom)